baru-baru ni permata hati ku diserang demam. sebelum ni pnh gak demam tp x teruk, itu pn slps kene jab. tapi kali ni mmg teruk almost 4 days jgk la bru kebah betul. mujo baba adam cuti mase tu. lepas jer kebah naik pulak merah2 kat badan, org cakap demam campak tp bw p dktr die kate campak tipu or roseola.
meh la kite tengok beza nye demam campak n demam campak tipu aka roseola
demam campak tipu aka roseola
- Biasanya demam ni menyerang baby berusia 6 bulan hingga 4 tahun. ( Adam bru 7m++ )
- Gejala ni bermula dengan demam panas secara tiba-tiba (39C – 42C /101F – 105F) and berlanjutan selama 3/4 hari and biasanya menyerang pada waktu malam. ( di antara simptom yg berlaku pada adam ) waaaa mau nangis rase mase bdn adam pnas.. bahaya suhu tinggi pada baby, risau kena sawan tarik jer. alhamdulillah adam xder peper just panas jer.
- Cerewet, hilang selera makan, berasa tidak selesa, selesema, cirit cirit sikit dan bengkak kelenjar.(adam mkn ok jer, tp x la sebanyak waktu adam x dmm)
- Setelah 3 ke 4 hari suhu akan menurun dan ruam-ruam merah akan kelihatan bermula dari bahagian atas badan ke bawah, tetapi jgn bimbang ruam ini tidak menimbulkan kegatalan (menurut doktor). Ini salah satu yg membezakan demam ini dgn demam campak.
menurut doktor, simptom demam campak ni berbeza dgn demam campak tipu.
- Mata berair dan sensitif pada cahaya, sakit-sakit otot, mulut dipenuhi ruam n kemerah-merahan.
- 2/3 hari lepas tu, ruam akan timbul. Take note ye.. Bezanya adalah, semasa ruam tu timbul, kalau roseola, demam akan berkurangan and akan turun. Tapi demam campak tidak. Demam still ada lagi.
No comments:
Post a Comment